fbpx
More

    Pembaca TechNave kongsi pengalaman guna kamera Samsung Galaxy S21 FE 5G!

    Pada 22 Januari lalu, TechNave Mandarin bekerjasama dengan Samsung Malaysia untuk menganjurkan sesi percubaan Samsung Galaxy S21 FE 5G di Bukit Sri Bintang, Kuala Lumpur. Kami telah menjemput lima pasangan kekasih yang bertuah untuk mencuba kamera telefon tersebut dan mengambil gambar di puncak bukit sewaktu matahari terbit.

    Jadi bagaimanakah pengalaman mereka menggunakan kamera Galaxy S21 FE 5G dan adakah ia boleh mengambil gambar yang cantik? Ayuh baca rentetan peristiwa pada hari itu yang ditulis oleh penulis TechNave Mandarin, Chun Khan.

    Para penganjur dan peserta mula berkumpul di kaki Bukit Sri Bintang pada jam 6:00 pagi, di mana para peserta dipinjamkan sebuah Galaxy S21 FE 5G dan seutas jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4. Mereka turut dimaklumkan tentang ciri-ciri utama telefon ini iaitu cipset Exynos 2100, kamera utama 12MP, kamera hadapan 32MP dan kapasiti bateri 4,500mAh.

    Pendakian mengambil masa sekitar 30 minit ke puncak. Sebaik sahaja kami tiba di situ, semua peserta mula menggunakan kamera Galaxy S21 FE 5G untuk merakam matahari terbit, mengambil gambar kekasih dan sebagainya. Chun Khan dan kakitangan TechNave juga turut membantu lima pasangan kekasih itu untuk memanfaatkan seluruh fungsi kamera Galaxy S21 FE 5G.

    Semua peserta mengambil pelbagai jenis gambar daripada kamera Galaxy S21 FE 5G, dengan menggunakan kamera utama 12MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP yang boleh zum sejauh 30x. Ia turut dilengkapi kamera swafoto 32MP dan boleh digunakan serentak bersama kamera belakang untuk rakaman dwi-paparan (dual-view recording).

    Berikut adalah pengalaman setiap peserta dalam acara ini:

    Alvin & Josephine

    “Terima kasih kepada TechNave dan Samsung kerana memilih kami untuk menyertai pengembaraan ini. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula, kami tidak selalu berpeluang untuk menghadiri aktiviti luar rumah jadi saya amat menghargai acara ini.

    “Selain membuat kenalan baharu, mereka turut berpuas hati dengan kamera Samsung Galaxy S21 FE 5G dan ingin mencubanya lagi untuk merakam matahari terbit.”

    David & Shin Yi

    “Terima kasih kepada Chun Khan kerana membantu kami untuk mengambil gambar menggunakan Galaxy S21 FE 5G. Selain mempunyai pelbagai fungsi fotografi, telefon ini turut mempunyai rating kalis air.

    “Walaupun cuaca hujan renyai sewaktu kami mendaki bukit, kami tidak mempunyai sebarang kerisauan untuk mengambil gambar di bawah hujan.”

    Johnson & Si Qi

    “Sudah lama kami ingin mendaki bukit sejak PKP bermula dan memandangkan kami ingin membeli telefon baharu, kami memutuskan untuk menyertai acara ini dan mencuba sendiri Samsung Galaxy S21 FE 5G.

    “Secara keseluruhan, kami sangat berpuas hati dengan gambar yang dihasilkan waktu matahari terbit, mod potret dan swafoto. Malah kami tidak perlu melakukan banyak suntingan sebelum memuat naik gambar ke media sosial.”

    Parry & Pan Pan

    “Acara yang diadakan di luar ini adalah amat baik untuk kami dan kami amat menggemari reka bentuk Samsung Galaxy S21 FE 5G terutamanya yang berwarna hitam.

    “Kami juga perasan bahawa hayat bateri tidak turun dengan banyak walaupun kami kerap menggunakan kamera untuk mengambil gambar dan menyalakan lampu kilat (flash). Oleh itu, kami amat berpuas hati dengan bateri telefon ini.”

    Louis & Kah Yee

    “Ini adalah pendakian bukit kami yang pertama untuk 2022 dan kami amat menggemari mod malam dalam kamera Samsung Galaxy S21 FE 5G. Kami menggunakan mod malam sewaktu fajar menjelang dan matahari belum terbit sepenuhnya.

    “Pada masa ini Kah Yee merupakan pengguna Samsung Galaxy S10+ dan saya akan berganti kepada Galaxy S21 FE 5G untuk telefon seterusnya.”

    Selain mengambil gambar, peserta turut mengambil bahagian dalam beberapa permainan ringkas bersama kekasih mereka dan mengakhiri acara tersebut dengan sebuah gambar berkumpulan kemudian makan tengah hari di restoran berdekatan.

    Bagi mengucapkan terima kasih kepada peserta, TechNave telah menghadiahkan fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds2 kepada setiap pasangan. Kami akan terus menganjurkan pelbagai acara eksklusif pada masa hadapan.

    Layari laman spesifikasi TechNave untuk maklumat penuh tentang Samsung Galaxy S21 FE 5G dan harga termurah berdekatan anda. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Samsung Galaxy S21 FE 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tecno Pova 6 dilancar di Malaysia: Helio G99 Ultimate, AMOLED FHD+ 6.78″ berharga RM899

    Tecno yang merupakan salah satu jenama kompetitif dalam segmennya kini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar iaitu Tecno Pova 6 untuk pasaran...

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 3 & bateri 6,000mAh...

    iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5Gdan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi menarik pada harga...

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 3

    realme mengumumkan bahawa mereka akan melancakran siri telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6 Series di India pada bulan ini. Jenama teknologi...

    Raikan Hari Ibu dengan siri Samsung Galaxy watch6 dan hadiah percuma sehingga 12 Mei...

    Hari Ibu ini, luahkan rasa terima kasih kepada wanita istimewa dalam hidup anda dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka melalui siri Galaxy...

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured