fbpx
More

    OPPO Find X2 Pro dilancarkan: Skrin mantap 120Hz, tiga kamera dwi-48MP, Snapdragon 865 dengan harga bermula ~RM4,717

    OPPO telah melancarkan telefon pintar flagship terbarunya, siri OPPO Find X2! OPPO Find X2 Pro semestinya memiliki spesifikasi yang tertinggi dengan kadar segar semula skrin 120Hz, kombinasi dwi-48MP tiga kamera, Snapdragon 865, sambungan wayarles 5G dan pengecas pantas Super VOOC 65W. Untuk pengetahuan anda, harga rasmi siri OPPO Find X2 ini bakal diumumkan pada hari pelancarannya di Malaysia, 10 Mac 2020.

    Apa pun, anda boleh membuat pra tempahan siri OPPO Find X2 bermula pada hari ini, 6 Mac hanya dengan membayar RM300 melalui laman web rasmi OPPO. Anda kemudian boleh mengambil peranti anda di roadshow yang bakal dilangsungkan atau di mana-mana kedai sah OPPO.

    OPPO juga akan menganjurkan dua buah roadshow di Pavillion, Kuala Lumpur. Roadshow pertama akan berlangsung pada 14 Mac, manakala yang kedua pula pada 21 Mac. OPPO akan menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM1,027 seperti Powerbank VOOC, penambahan setahun servis waranti dan waranti paparan tiga bulan dan headset wayarles OPPO Enco Free.

    Berkenaan paparan OPPO Find X2 Pro yang dikatakan menjadi daya penarik peranti ini, ia merupakan paparan QHD+ 6.78 inci (resolusi 1440 x 3168) dengan kadar segar semula 120Hz yang pastinya menambah lagi kelancaran paparan. Untuk pengetahuan anda, paparan peranti turut dilengkapi skrin warna 10-bit, memberikan 1,000,000,000 warna, sekaligus memberi pengalaman tontonan yang memuaskan mata.

    Apa yang uniknya, kamera peranti ini adalah gabungan dwi-48MP! Bukan itu sahaja, spesifikasi dan ciri teknologi kamera seperti Ultra Mod Malam 3.0 yang dinyatakan di bawah mampu memantapkan kualiti rakaman dan gambar anda. Berkenaan prestasinya, kami menjangkakan ia bakal menjadi salah satu flagship baik pada tahun ini dengan cipset SD 865 dan pengecasan pantas yang agak hebat (SuperVOOC 65W).

    Spesifikasi dan ciri teknologi OPPO Find X2 Pro:

    • Cipset Snapdragon 865
    • Paparan AMOLED QHD+ berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • RAM 12GB + ROM 512GB
    • Kamera utama 48MP (Sony IMX 689, OIS) + 48MP (Sony IMX586, EIS) + 13MP (telefoto, OIS) dan kamera selfie hadapan 32MP Sony IMX616
    • Zum Hibrid Optikal 10x, Zum Digital 60x, penstabilan video dan imej, video Live HDR, Ultra Mod Malam 3.0
    • IP68 tahan habuk dan air, NFC, USB Type-C, sensor cap jari di bawah skrin, bunyi stereo Dolby Atmos
    • Bateri 4,260 mAh (pengecasan pantas SuperVOOC 65W)
    • Android 10, ColorOS 7.1

    Spesifikasi dan ciri teknologi OPPO Find X2

    • Cipset Snapdragon 865
    • Paparan AMOLED QHD+ berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • RAM 12GB + ROM 256GB
    • Kamera utama 48MP (Sony IMX 689, OIS) + 13MP (telefoto) + 12MP (ultra lebar) dan kamera selfie hadapan 32MP Sony IMX616
    • Zum Hibrid Optikal 10x, Zum Digital 60x, penstabilan video dan imej, video Live HDR, Ultra Mod Malam 3.0
    • IP68 tahan habuk dan air, NFC, USB Type-C, sensor cap jari di bawah skrin, bunyi stereo Dolby Atmos
    • Bateri 4,200 mAh (pengecasan pantas SuperVOOC 65W)
    • Android 10, ColorOS 7.1

    Nantikan harga rasmi pada 10 Mac ini melalui liputan berita kami! Apa pun, untuk anggaran harga, Find X2 dilaporkan hadir dengan harga 999 Euros (~RM4,717) dan Find X2 Pro dengan harga 1,199 Euros (~RM5,662). Adakah anda berminat untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X