More

    Sony LinkBuds dilancar: Integrated Processor V1, pemacu 12mm dan bateri tahan 12 jam berharga RM849

    Sony baru sahaja melancarkan fon telinga TWS LinkBuds dengan reka bentuk yang agak menarik. Penyelesaian cincin terbuka (open ring) yang unik menjanjikan anda memakainya dengan selesa sepanjang hari. Selain itu, anda dijanjikan pengalaman audio premium, banyak ciri pintar dan tanda harga yang berpatutan.

    Fon telinga ini juga membawa kawalan yang dipertingkatkan kepada Spotify di mana anda boleh mula memainkan muzik kegemaran tanpa memegang telefon pintar. Pengalaman pemakaian dipanggil “Never Off” bermakna fon telinga ini sangat ringan dan membolehkan anda berkomunikasi dengan mudah bersama orang di sekeliling semasa bermain game, bekerja dari rumah atau hanya mendengar muzik.

    LinkBuds menawarkan pembatalan hingar dalam panggilan untuk membuat panggilan telefon yang jelas. Sony membawakan cip Integrated Processor V1 dan pemacu 12mm yang menghasilkan bunyi yang sempurna dan seimbang. Terdapat juga Adaptive Volume Control untuk mengoptimumkan bunyi pada persekitaran pemakainya.

    Ciri Wide Area Tap menjanjikan kawalan gerak isyarat yang lebih mudah. Speak-to-Chat akan menjeda muzik secara automatik sebaik sahaja LinkBuds mengesan anda bercakap dengan seseorang dan sebaik sahaja perbualan tamat, muzik akan mula dimainkan semula secara automatik. Terdapat juga sokongan untuk Google Assistant dan Alexa.

    Kedua-dua fon telinga dan bekas pengecas dibuat menggunakan bahan plastik kitar semula serta pembungkusannya tidak menggunakan plastik sama sekali. Terdapat sokongan IPX4 dan hayat bateri 5.5 jam bagi setiap pengecasan serta bekasnya memberikan tambahan 12 jam masa mendengar. Dengan hanya 10 minit pengecasan, anda boleh menikmati 90 minit masa bermain.

    Sony LinkBuds tersedia di dalam pasaran tempatan pada 17 Februari ini serta tersedia dalam warna hitam dan putih dengan harga RM849. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Sony Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured