More

    Nothing mungkin lancarkan telefon pintar Android yang dikuasakan oleh cipset Snapdragon

    Tahun lepas, Carl Pei kembali dengan jenama yang dipanggil Nothing melancarkan produk pertamanya ialah Nothing ear (1). Tidak lama kemudian syarikat itu dikhabarkan mempunyai lebih banyak lagi pranti untuk dikeluarkan. Telefon pintar dijangka menjadi salah satu daripadanya dan mungkin dilancarkan pada tahun ini.

    Semalam, Carl Pei memberi pendedahan bahawa telefon pintar Nothing sedang dalam pembangunan. Beliau memuat turun tweet “Kembali pada Android” dengan pujian bahawa Android 12 yang bagus. Ini menunjukkan bahawa syarikat itu sedang mengusahakan telefon pintar yang dikuasakan oleh Android 12. Namun, kami masih tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat melalui tweetnya.

    Kami turut melihat balasan daripada akaun Twitter rasmi Android dan Snapdragon yang mungkin memberi sedikit petunjuk bahawa ia merupakan telefon pintar yang dikuasakan oleh cip Snapdragon Qualcomm. Penggunaan cipset yang tepat masih tidak diketahui tetapi berkemungkinan juga peranti akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 jika ia peranti andalan. 

    Ia mungkin membawa cipset Snapdragon 870 kerana ia adalah pilihan popular untuk telefon andalan mampu milik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured