More

    iPhone 14 Pro akan tampilkan RAM 8GB, memori terbesar Apple pernah hasilkan

    Menurut laporan dari akaun “yeux1122” di blog Korea Naver, ‌iPhone 14 Pro‌ akan menampilkan RAM 8GB iaitu memori yang tertinggi ditawarkan oleh Apple. Sumber itu mendakwa bahawa komponen memori ‌iPhone 14 Pro‌ kini telah disahkan dan nampaknya, jadual untuk pengeluaran besar-besaran semakin hampir.

    Sebelum ini, akaun tersebut pernah mengatakan bahawa Apple merancang untuk melancarkan model iPad mini baharu dengan paparan 8.7 inci dan casis yang lebih lebar dan kurang tinggi berbanding mini iPad generasi kelima pada penggal kedua 2021. Namun, ‌iPad mini‌ generasi keenam ternyata menampilkan paparan 8.3 inci manakala casis dan jangka masa pelancaran terbukti tepat.

    Laporan daripada penganalisis Haitong International Securities, Jeff Pu pada tahun lalu turut mendakwa model ‌iPhone 14 Pro‌ 6.1 inci dan 6.7 inci ‌iPhone 14 Pro‌ Max akan dilengkapi dengan RAM 8GB. Ini akan menjadi peningkatan yang ketara daripada RAM 6GB iPhone 12 Pro dan iPhone 13 Pro. 

    iPhone 14 6.1 inci dan iPhone 14 Max 6.7 inci mungkin mempunyai kurang daripada 8GB. Walaupun dengan ‌iPhone 14 Pro‌ membawa RAM tertinggi, peranti masih jauh untuk mencapai tahap memori yang ditawarkan dalam iPad Pro, memori 16GB pada awal 2021 berdasarkan kapasiti storan.

    Peranti Samsung Galaxy mempunyai memori 8GB sejak pelancaran S10 pada 2019. Oleh itu, RAM 8GB akan membawa model ‌iPhone 14 Pro‌ setara dengan memori yang ditawarkan dalam jenama saingan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Spotify letak lencana khas untuk profil artis yang sebenarnya AI

    Spotify mengumumkan pengenalan lencana AI Persona bagi memberi petunjuk kepada pendengar bahawa identiti sesebuah profil artis adalah dijana oleh kecerdasan buatan dan...

    HONOR Robot Phone dilancar sebagai telefon pertama dengan gimbal terbina

    HONOR secara rasmi melancarkan peranti mercu terbaharu iaitu HONOR Robot Phone di China. Peranti ini menggabungkan perkakasan kamera gimbal fizikal bersama pembantu...

    HOVERAir Versa dilancar — Kamera poket 2-dalam-1 boleh bertukar jadi dron

    HOVERAir melancarkan HOVERAir Versa iaitu peranti hibrid 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi kamera poket dan dron terbang. Peranti ini disifatkan sebagai kamera poket...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...