More

    Imej tertiris dedahkan Motorola Frontier dilengkapi kamera 194MP

    Baru-baru ini terdapat pendedahan mengenai Motorola Frontier yang akan datang dikatakan dilengkapi sensor kamera 200MP. Kini, salah satu sumber mendedahkan imej yang lebih terperinci pada peranti yang memberikan butiran lanjut tentang sensor kamera utamanya.

    Ia akan mempunyai pengimej 1/1.5 inci dengan resolusi 194MP dan OIS. Ketirisan maklumat sebelum ini mendedahkan sensor Samsung 200MP ISOCELL HP1 akan digunakan namun nampaknya itu tidak akan berlaku. Dua kamera lagi dikatakan menggunakan ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 12MP.

    Frontier akan membawa paparan OLED 6.7 inci dengan kadar penyegaran 144Hz dan cipset Snapdragon Gen 8 1 Plus iaitu versi overclocked bagi SD 8 Gen 1 semasa. Telefon ini dijangka menampilkan bateri 4,500 mAh dengan pengecasan pantas berwayar 125W dan wayarles sehingga 50W. Motorola Frontier dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan Julai.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured