More

    Kiosk Bantuan MySejahtera hanya boleh melayan 400 pelawat setiap hari

    Sejak 19 Februari 2022 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Kiosk Bantuan atau Helpdesk MySejahtera di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi membantu rakyat Malaysia yang mengalami masalah maklumat berkaitan aplikasi MySejahtera mereka.

    Kiosk tersebut menerima kehadiran yang sangat ramai sehingga tempat itu kehabisan angka giliran. Buat masa ini, hanya 400 orang terawal sahaja akan menerima nombor giliran untuk menyelesaikan masalah mereka di kiosk tersebut.

    Kiosk bantuan di WTCKL akan dibuka setiap hari sehingga 15 Mac 2022, bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

    Selain WTCKL, kiosk bantuan akan turut dibuka di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 26 dan 27 Februari 2022 serta 5 dan 6 Mac 2022, bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

    Kiosk tersebut akan memfokuskan pada isu perseorangan atau tanggungan dalam MySejahtera. Ini tidak termasuk isu vaksinasi di bawah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri.

    Pelawat perlu membawa semua dokumen berkaitan iaitu:

    • Kad vaksinasi fizikal
    • Kad pengenalan
    • Dokumen vaksinasi daripada luar negara
    • Pasport (lama dan baharu)
    • Surat pengesahan tamat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO)
    • Dokumen pelancongan, perjalanan ke luar atau dari luar negara
    • Memo berkaitan saringan kesihatan dari luar negara
    • Dokumen VTL (udara dan air)

    Perlu diingati bahawa mereka yang masih berada di bawah HSO tidak dibenarkan hadir ke kiosk ini. Mereka perlu menggunakan Interaktif Helpdesk di aplikasi MySejahtera bagi menangani sebarang masalah berkenaan aplikasi ini.

    Beritahu kami di Facebook jika maklumat ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured