More

    Menteri Komunikasi arahkan syarikat telekomunikasi naik taraf mutu perkhidmatan dan liputan

    Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa meminta syarikat telekomunikasi tempatan untuk melabur semula dan menaik taraf liputan serta perkhidmatan telekomunikasi untuk meningkatkan mutunya.

    Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu bersikap adil kepada pengguna dan bertindak lebih serius untuk melabur, walaupun beliau sedar bahawa syarikat-syarikat ini perlu membayar dividen kepada pemegang saham dengan keuntungan yang tinggi.

    Walaupun rangkaian liputan di Malaysia sudah mencapai 98 peratus, beliau berkata segolongan pengguna masih mengalami masalah liputan yang teruk. Bagi menjelaskan tindakan ini, KKMM akan berjumpa dengan pengurusan tertinggi setiap syarikat telekomunikasi untuk perbincangan lanjut.

    Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula akan melaksanakan audit dan semak prestasi syarikat telekomunikasi. Jika syarikat-syarikat ini gagal mencapai standard yang ditetapkan, mereka boleh didenda atau dikenakan kompaun berdasarkan undang-undang sedia ada.

    Dalam pada itu, KKMM akan menyediakan sekitar 15 hingga 20 unit peranti dalam setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara. PEDi adalah sebuah pusat sehenti untuk bantu masyarakat luar bandar mendapat akses kepada internet dan bina kemahiran berasaskan ICT.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured