More

    Sony lancarkan pembesar suara dan fon telinga wayarles edisi khas Demon Slayer berharga ~RM335

    Demon Slayer merupakan siri anime yang sangat popular di Malaysia serta serata dunia dan kini Sony telah berkolaborasi dengan penerbit anime tersebut untuk melancarkan beberapa produk audio edisi khas di Jepun.

    Siri produk ini terdiri daripada pemain muzik mudah alih NW-A55, fon telinga wayarles WF-1000XM4 dan WF-C500 serta pembesar suara Bluetooth SRS-XB13. Semua produk ini menampilkan rekaan berilhamkan lapan watak daripada anime tersebut.

    Berikut adalah senarai harga barisan produk edisi khas ini:

    • Sony Digital Walkman NW-A55: JPY25,000 (~RM910)
    • Sony WF-1000XM4: JPY34,000 (~RM1,240)
    • Sony WF-C500: JPY12,500 (~RM455)
    • Sony SRS-XB13: JPY9,200 (~RM335)
    Sony Digital Walkman NW-A55
    Sony WF-1000XM4
    Sony WF-C500
    Sony SRS-XB13

    Pesanan untuk produk ini akan dibuka untuk pasaran Jepun sehingga 11 April 2022. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured