More

    Acer Swift 3 dan Swift 5 dilancar: Tampilkan cipset Intel Core Generasi ke-12 bermula ~RM3,568

    Hari ini, Acer mengumumkan dua komputer riba Swift untuk 2022 iaitu Acer Swift 5 dan Acer Swift 3 baharu dengan cipset Intel Core Generasi ke-12. Acer Swift 5 telah pun membuat kemunculan pada Januari 2022 tetapi kali ini, kami lebih memfokuskan pada Acer Swift 3.

    Acer Swift 3 ialah komputer riba 14 inci serba baharu yang dilengkapi dengan cipset Intel Core Generasi ke-12 terkini dan storan SSD sehingga 2TB. Ia menampilkan paparan sentuh 16:9 QHD atau FHD yang terang dan kamera web FHD dengan teknologi TNR Acer untuk panggilan video. Sudah tentu, kami juga menjangkakan WiFi 6E dan Audio DTS.

    Sebagai komputer riba kompak, ia juga menawarkan port seperti USB Type-C, USB Type-A dan HDMI 2.1. Swift 3 boleh dicas pantas dan boleh bertahan sehingga empat jam hayat bateri untuk pengecasan 30 minit. Akhir sekali, ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan dwi-kipas TwinAir Acer. Acer menyatakan bahawa sistem penyejukan yang dipertingkatkan ini menawarkan peningkatan prestasi terma sebanyak 65.8% bagi satu kipas sahaja.

    Swift 3 akan mula tiba dalam pasaran Amerika Utara pada bulan Jun bermula pada harga USD 849.99 (~RM3,568), di EMEA pada April bermula pada EUR 1,199 (~RM5,661) dan di China pada April bermula pada RMB 5,499 (~RM3,652). Swift 5 pula boleh didapati di Amerika Utara pada bulan Jun bermula pada harga USD 1,499 (~RM6,292), di EMEA pada Mac bermula pada EUR 1,799 (~RM8,494) dan di China pada April bermula pada RMB 9,999 (~RM6,644).

    Untuk spesifikasi yang tepat, harga dan ketersediaan akan berbeza mengikut kawasan pasaran. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured