More

    Motorola Edge 30 Pro dilancar: SD 8 Gen 1, skrin P-OLED 6.7″, kamera swafoto 60MP dan pengecasan pantas 68W berharga ~RM3,760

    Motorola baru sahaja mengumumkan telefon andalan untuk pasaran global terbarunya iaitu Moto Edge 30 Pro. Ia didatangkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, dua kamera 50MP di belakang dan kamera swafoto 60MP.

    Skrin Moto Edge 30 Pro menggunakan P-OLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 144Hz, kadar pensampelan sentuh ialah 360Hz, 10-bit yang menyokong HDR+ dan disesuaikan dengan gamut warna DCI-P3.

    Pilihan RAM ialah 8GB dan 12GB manakala terdapat tiga pilihan storan iaitu 128/256/512GB. Bahagian belakangnya menempatkan kamera utama 50MP dilengkapi dengan apertur f/1.8 + ultra lebar 50MP F/2.2 + kamera kedalaman 2MP.

    Kamera swafoto Edge 30 Pro menggunakan sensor 60MP yang ditempatkan pada lubang tebuk. Ia membawakan beberapa ciri sebagai Auto Smile Capture yang mengambil gambar serta-merta apabila semua muka tersenyum dan terdapat banyak algoritma AI untuk menambah baik warna dan komposisi.

    Kapasiti baterinya ialah 4,800 mAh dan menawarkan pengecasan pantas 68W. Telefon ini juga menyokong pengecasan wayarles 15W dan perkongsian kuasa wayarles berbalik 5W. Edge 30 Pro beroperasi menggunakan Android 12.

    Motorola Moto Edge 30 Pro 12+256GB berharga €799 (~RM3,760). Terdapat dua pilihan warna iaitu Cosmos Blue dan Stardust White dengan jualan dijangka akan bermula tidak lama lagi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured