More

    OPPO Enco X2 dilancar: Bone Voiceprint AI, ANC berbilang peringkat dan pengecasan wayarles berbalik berharga ~RM940

    OPPO yang merupakan salah satu pengeluar telefon pintar terbesar China baru sahaja melancarkan telefon pintar utama Find X5 Pro dan Find X5. Pada acara pelancaran ini, gergasi teknologi itu turut melancarkan fon telinga TWS premium mereka iaitu OPPO Enco X2.

    Enco X2 memiliki tetapan dwi-pemacu dengan pemacu dinamik 11mm yang dipasangkan dengan pemacu diafragma planar 6 mm. Enco X2 menggunakan sambungan Bluetooth 5.2 dengan sokongan LHDC 4.0 yang membolehkannya menyokong kadar kod sehingga 900kbps. Ia juga menawarkan sokongan untuk codec audio AAC dan SBC.

    Peranti ini mempunyai mikrofon 38 dBV/Pa yang menawarkan pelbagai peringkat pembatalan hingar termasuk Pembatalan Bunyi Pintar, Bunyi Maksimum, Bunyi Sederhana, Bunyi Perlahan, Mod Ketelusan dan Peningkatan Vokal. Tiga mikrofon pada Enco X2 menggunakan Bone Voiceprint AI untuk mengurangkan hingar semasa panggilan.

    Baterinya menawarkan sehingga 9.5 jam main balik muzik dengan sekali cas jika pembatalan hingar dimatikan. Dengan kotak pengecasnya, ia menawarkan sehingga 40 jam main balik. Dengan hanya 5 minit masa pengecasan, ia mampu bertahan sehingga 2 jam main balik. Fon telinga ini mengambil masa 1 jam untuk mengecas sepenuhnya dan kotak pengecasan  mengambil masa 90 minit untuk penuh.

    Terdapat port USB-C untuk pengecasan dan pengecasan wayarles Qi. Fon telinga ini juga mempunyai ciri pengecasan berbalik yang boleh digunakan pada telefon pintar dengan hanya meletakkannya di belakang telefon yang mempunyai ciri yang sama.

    OPPO Enco X2 dilengkapi rating IP54 kalis air dan habuk serta seberat 56.4 gram. Setiap fon telinga mempunyai berat 4.7 gram. Terdapat dua pilihan warna iaitu hitam dan putih pada harga €199 (~RM940). OPPO Enco X2 akan tersedia di pasaran sekitar pertengahan April.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured