fbpx
More

    Rekaan dan spesifikasi POCO M4 Pro didedah, serupa dengan POCO M4 Pro 5G

    Pada bulan November 2021, POCO telah memperkenalkan telefon kelas pertengahan POCO M4 Pro 5G yang menampilkan spesifikasi sangat menarik untuk sebuah telefon yang dijual pada harga bermula RM749. Kini, POCO bakal melancarkan varian 4G pula yang dinamakan POCO M4 Pro pada 28 Februari 2022.

    Dengan tarikh yang semakin hampir, POCO telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk POCO M4 Pro seperti skrin Super AMOLED FullHD+ berukuran 6.43 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan 1,000 nits.

    Ia juga bakal mempunyai dwi-pembesar suara, rating kalis air IP53, pengimbas cap jari di bahagian sisi dan antara muka (UI) POCO Launcher 2.0 yang tidak mempunyai banyak iklan.

    POCO turut berkongsi rekaan dan pilihan warna untuk peranti tersebut yang terdiri daripada hitam Power Black, biru Cool Blue dan kuning POCO Yellow. Rekaannya pula serupa dengan POCO M4 Pro 5G sebelum ini, kecuali pada logo “POCO” yang kini ditulis secara mendatar di bonggol kameranya.

    Kamera POCO M4 Pro terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera hadapan 16MP. Spesifikasi penuh dan harganya akan diumumkan dalam pelancaran rasmi pada 28 Februari di laman YouTube POCO:

    Jika anda lebih berminat untuk membeli POCO M4 Pro 5G, kami ada menyenaraikan spesifikasi penuh serta kedai yang paling berdekatan dengan anda di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X