More

    MWC 2022: HUAWEI lancarkan siri komputer riba, tablet MateBook dan rangkaian Super Device

    Dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2022 yang masih berlangsung pada hari ini, HUAWEI telah memperkenalkan beberapa komputer riba dan tablet baharu di bawah jenama HUAWEI MateBook. Semua peranti baharu ini menyokong teknologi hubungan HUAWEI Super Device yang memudahkan tugasan antara peranti.

    HUAWEI MateBook X Pro

    Produk pertama adalah komputer riba HUAWEI MateBook X Pro yang mempunyai skrin 14.2 inci dengan resolusi 3120×2080, nisbah aspek 3:2, kadar segar semula 90Hz, kecerahan 500 nits serta gamut warna DCI-P3 100% Delta E<1.

    HUAWEI juga menjanjikan Matebook X Pro baharu ini mempunyai sistem penyejukan yang diperbaharui, di mana aliran udara boleh ditingkatkan sebanyak 60% serta pelesapan haba ditingkatkan sebanyak 100% berbanding model sebelumnya.

    Cipsetnya terdiri daripada siri Intel U-Series generasi ke-11 dan dengan sistem penyejukan baharu ini, ia membenarkan cipset tersebut untuk dibekalkan dengan watt yang lebih tinggi. Ia turut dilengkapi webcam 720p, enam pembesar suara, pengecasan pantas 90W, dua port USB-C 3.2 Gen 2 dan dua port USB-C 3.2 Gen.

    HUAWEI MateBook E

    HUAWEI MateBook E pula adalah sebuah komputer riba Windows 2-dalam-1, di mana skrinnya boleh dipisahkan daripada papan kekunci magnetik untuk digunakan seperti tablet. Ia mempunyai skrin OLED berukuran 12.6 inci dengan resolusi 2560×1600, kecerahan 600 nits, gamut warna DCI-P3 100% Delta E<1 dan nisbah kontras 1,000,000:1 untuk warna yang lebih pekat.

    Ia dilengkapi cipset Intel generasi ke-11, satu port USB-C yang menyokong Thunderbolt 4 dan boleh digabungkan bersama papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang turut berfungsi sebagai tongkat (kickstand) dan sarung pelindung. Selain itu, skrinnya juga menyokong stilus M-Pencil (2nd Generation) dan boleh dilekatkan secara magnetik di bahagian sisi tablet.

    Sebagai sebuah produk yang boleh digunakan seperti tablet, ia mempunyai ketebalan 7.9mm dan berat 709 gram sahaja. Ia mempunyai rangka magnesium dan permukaan belakang yang dibuat daripada gentian karbon.

    Selain MateBook E, HUAWEI turut melancarkan tablet MatePad baharu yang mempunyai skrin berukuran 10.3 inci dan sistem operasi HarmonyOS 2.

    "
    "

    HUAWEI MatePad Paper

    HUAWEI MatePad Paper adalah sebuah e-buku (e-reader) yang mempunyai skrin 10.3 inci, 256 tahap grayscale untuk memudahkan paparan teks serta gambar serta 32 tahap kecerahan untuk memudahkan penggunaan dalam suasana malap. Ia turut menyokong penggunaan stilus M-Pencil.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM 4GB, storan 64GB, pengimbas cap jari yang turut bertindak sebagai butang kuasa dan bateri yang boleh bertahan sehingga 4 minggu. Ia mempunyai sistem operasi HarmonyOS dan menyokong rangkaian HUAWEI Super Device.

    HUAWEI MateStation X

    HUAWEI turut melancarkan sebuah komputer desktop iaitu HUAWEI MateStation X yang dilengkapi cipset AMD Ryzen 5000 H-Series, RAM 16GB dan SSD PCIe Gen 3 1TB.

    Komputer ini turut terbina dengan skrin 28.2 inci yang mempunyai nisbah aspek 3:2, kecerahan 500 nits, gamut warna DCI-P3 98% Delta E<=1, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 86.3% dan menyokong 10 titik sentuhan jari. Ia turut dilengkapi tiga pembesar suara dan empat mikrofon.

    HUAWEI Super Device

    Semua peranti HUAWEI yang dilancar dalam acara MWC 2022 boleh dihubungkan secara mudah dengan rangkaian HUAWEI Super Device. Ini memudahkan pengguna untuk berkongsi peranti dalam mod Multi-Screen Collaboration di antara PC-tablet, PC-telefon atau tablet-telefon.

    Selain itu, pengguna juga boleh memindahkan fail dengan mudah serta menghubungkan aksesori seperti papan kekunci dan fon telinga wayarles dengan beberapa peranti serentak.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan mana-mana produk di atas untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk HUAWEI baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured