More

    Spesifikasi POCO F4 tertiris, mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 870

    Pada tahun lepas, telefon pintar andalan Redmi K40 telah dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa sebagai POCO F3 dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan pengguna. Kini, perkara serupa dijangka bakal berlaku pada tahun ini di mana Redmi K50 dijangka akan dijenamakan semula sebagai POCO F4.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Yogesh Brar, beliau telah berkongsi spesifikasi utama untuk POCO F4 di Twitter. Antara perkara yang menarik adalah ia akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 870 iaitu cipset sama yang terdapat pada POCO F3.

    Cipset ini boleh menghasilkan prestasi tahap andalan kerana ia merupakan Snapdragon 865 yang dipertingkatkan prestasinya. Di hadapan, telefon ini mungkin mempunyai skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.3 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

    POCO F4 juga dijangka akan dilengkapi RAM LPDDR5 6GB, 8GB atau 12GB, storan UFS 3.1 128GB atau 256GB, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 67W dan sistem operasi MIUI 13 berdasarkan Android 12.

    Untuk kamera, ia mungkin dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera telefoto 5MP, manakala di hadapan pula ialah kamera swafoto 32MP. Setakat ini masih tiada maklumat tentang waktu pelancarannya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured