More

    MediaTek Dimensity 8100 & 8000 dilancar, cipset telefon pintar dengan nod proses 5nm

    MediaTek telah melancarkan dua cipset telefon pintar kategori andalan iaitu Dimensity 8000 dan Dimensity 8100. Kedua-dua cipset ini dibina dengan nod proses 5nm dan komponen yang sama, namun Dimensity 8100 mempunyai kelajuan clock yang lebih tinggi daripada Dimensity 8000.

    Dimensity 8100 dan 8000 mempunyai empat teras utama Cortex-A78, empat teras Cortex-A55 dan unit pemproses grafik (GPU) Mali-G610. Dimensity 8100 bakal menawarkan frekuensi GPU lebih tinggi sebanyak 20% daripada Dimensity 8000, seperti yang ditunjukkan dalam ujian GFXBench Manhattan di mana Dimensity 8100 mencatatkan 170fps manakala Dimensity 8000 mencatatkan 140fps.

    Kedua-dua cipset menyokong skrin dengan kadar 168Hz pada resolusi FullHD+, video decoder 4K AV1 dan warna HDR10+ Adaptive. Sungguh pun begitu, hanya Dimensity 8100 sahaja yang boleh menyediakan kadar 120Hz pada resolusi WQHD+.

    Pemproses signal imej (ISP) adalah Imagiq 780 ISP yang boleh mengendalikan 5 gigapiksel sesaat, sensor sehingga 200MP, zum lossless 2x, pengurangan kesan hingar (noise) berdasarkan AI, pengimejan HDR, rakaman HDR serentak daripada dua kamera dan rakaman 4K 60fps HDR10+.

    Daripada segi telekomunikasi pula, kedua-duanya menyokong rangkaian 5G dengan bandwith 200MHz dan kelajuan muat turun 4.7Gbps. Selain itu, ia menyokong hubungan Wi-Fi 6E (2×2), Bluetooth 5.3, Bluetooth LE Audio dengan Dual-Link True Wireless Stereo Audio dan frekuensi GPS BeiDou B1C.

    Telefon pertama yang dilengkapi kedua-dua cipset ini dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mac. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured