More

    Stanford University akan kendalikan kelas & peperiksaan dalam talian sahaja untuk bendung COVID-19

    Bermula 9 Mac, Standford University di California, Amerika Syarikat tidak akan menganjurkan sebarang kelas di kampus dan untuk menggantikannya, universiti terkenal itu akan membawa kelas-kelas dua minggu terakhir untuk sesi musim sejuk ke dalam internet.

    Langkah ini berikutan dua pelajarnya kini mengasingkan diri mereka sendiri selepas disyaki terdedah kepada koronavirus dan dijangkiti COVID-19, walaupun masih belum disahkan. Kampus itu masih dibuka tetapi pentadbirannya menggalakkan warganya untuk kerja atau mengajar dari rumah.

    Peperiksaan semester masih akan dijalankan tetapi ia akan dibuat di rumah. Jika kelas dalam talian adalah sesuatu yang sukar dilakukan, universiti itu masih membenarkan pensyarah untuk memberikan alternatif lain atau pun memberi markah berdasarkan tugasan yang telah disiapkan.

    Memandangkan Stanford adalah sebuah universiti bertaraf tinggi, tidak mustahil jika universiti lain akan turut mengikut langkah Stanford. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured