More

    Acara Apple pada 8 Mac: Mungkin lancarkan iPhone SE Gen-3, iPad Air, Macbook Pro dengan cip M2

    Semalam, Apple telah mengumumkan bahawa ia akan mengadakan acara pertamanya pada 2022 pada hari Selasa, 8 Mac jam 10:00 pagi Waktu Pasifik (3 pagi, waktu Malaysia) di Teater Steve Jobs dalam kampus Apple Park Cupertino, California.

    Acara Apple pada 2022 ini hanya tertakluk untuk perhimpunan digital sahaja tanpa kehadiran ahli media kerana krisis kesihatan awam yang berterusan. Apple dijangka mengumumkan versi iPhone SE generasi akan datang, iPad Air yang diperbaharui dan sekurang-kurangnya satu Mac dengan cip silikon Apple (mungkin Mac mini), MacBook Pro 13 inci atau kedua-duanya.

    iPhone SE generasi ketiga mungkin kelihatan serupa dengan model generasi kedua yang tersedia sekarang dan dijangka tiada sebarang perubahan reka bentuk. Ia akan terus menampilkan bezel tebal dan butang Touch ID Home yang disertakan dengan cip siri A yang dikemas kini (mungkin cip A15) dan sambungan 5G yang lebih pantas. Penganalisis Apple Ming-Chi Kuo berkata ia akan menjadi iPhone 5G Apple paling mampu milik.

    Mereka mungkin tidak mengubah reka bentuk pada iPad Air generasi akan datang tetapi menggunakan cip yang lebih pantas dan sambungan 5G. Ia dikemas kini dengan kamera FaceTime baharu yang menyokong Center Stage yang dapat mengekalkan anda dalam rakaman kamera walaupun sedang bergerak.

    Untuk Mac pula, Apple merancang untuk mengeluarkan versi Mac mini yang membawa sedikit penukaran reka bentuk dengan cip M1 Pro dan M1 Max. ‌Mac mini‌ baharu akan menggantikan Intel ‌Mac mini‌ dan ia mungkin akan dilancarkan pada acara Apple bulan Mac ini.

    Akhir sekali, MacBook Pro 13 inci dikatakan akan dilengkapi dengan cip M2 menggantikan cip M1. Ia akan kelihatan sama dengan model 13 inci sedia ada dan merupakan versi yang lebih rendah berbanding MacBook Pro 14 dan 16 inci yang mempunyai cip ‌M1 Pro‌ dan ‌M1 Max‌.

    Cip M2 mungkin akan menampilkan GPU dan CPU 8-teras yang sama seperti dalam ‌M1‌, namun dengan kelajuan yang dipertingkatkan. Terdapat khabar angin mendakwa cip ‌M2‌ akan tersedia dalam pilihan GPU 9 dan 10 teras daripada pilihan GPU 7 dan 8 teras yang tersedia dengan cip asal ‌M1‌.

    Anda boleh menonton acara ini di laman web rasmi Apple atau aplikasi Apple TV pada 8 Mac, jam 3:00 waktu Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured