More

    Maybank Home2u kini tawarkan urusan pembelian rumah secara dalam talian melalui aplikasi MAE

    Urusan permohonan hartanah selalunya menjadi satu kerumitan kerana perlu melalui banyak prosedur. Namun, Maybank sedang berusaha untuk mengubahnya. Buat pertama kalinya, Maybank menjadikan pemilikan rumah lebih mudah dengan Maybank Home2u pada aplikasi MAEnya. Ia merupakan penyelesaian pembiayaan rumah digital pertama Malaysia dalam aplikasi perbankan bersepadu yang mampu memberikan kelulusan dalam masa 10 saat sahaja.

    Maybank Home2u tersedia untuk pelanggan baharu atau sedia ada di mana pembeli rumah dan pelabur hartanah boleh menikmati pengalaman berurusan secara digital buat pertama kalinya daripada permohonan sehingga ia lulus serta menandatangani Surat Tawaran (LO) tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan.

    Pelanggan dengan gaji yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank dengan mudah boleh memohon pembiayaan rumah sehingga RM1 juta tanpa mengemukakan dokumen pendapatan. Memandangkan urusan ini dilakukan dalam aplikasi, kelulusan boleh dilakukan dalam masa 10 saat secara digital.

    Setelah diluluskan, pegawai penasihat bank akan menghubungi pemohon yang berjaya untuk menyemak LO dan melakukan pengesahan ‘Know-Your-Customer’ yang diperlukan serta menandatangani LO secara elektronik. Untuk mendapatkan kelulusan segera, pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih kediaman idaman daripada senarai lengkap harta tanah kediaman bertanah dan bertingkat secara terus pada aplikasi.

    Dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion oleh pemaju perumahan terkenal seperti EcoWorld, IJM Land, Sime Darby Property dan S P Setia secara langsung dari aplikasi. Walaupun harta itu tidak disenaraikan di dalam, pelanggan baharu atau sedia ada masih boleh memohon melalui Maybank Home2u untuk memulakan proses pembiayaan rumah mereka.

    Maybank Home2u membolehkan bakal peminjam menghubungi penasihat gadai janji Bank dalam aplikasi. Ciri ini tersedia 24 jam sehari selama 7 hari dalam seminggu. Pelanggan akan dihubungi dalan tempoh 10 minit selepas mesej diterima semasa waktu operasi bank atau secepat mungkin jika ia di luar waktu operasi bank.

    Pada masa ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk memohon pembiayaan perumahan Konvensional atau Islamik di bawah Maybank Home2u iaitu Maybank MaxiHome dan My First Home Scheme (untuk Konvensional) dan Commodity Murabahah Home-Financing-i dan My First Home Scheme-i (untuk Islamik).

    Untuk mengakses Maybank Home2u melalui aplikasi MAE, pelanggan perlu mengemas kini kepada versi terkini aplikasi MAE di Apple App Store atau Google Play Store. Maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi ini boleh didapati di laman rasmi Maybank Home2u.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured