More

    Samsung Galaxy M33 dan M23 dilancar: AMOLED 6.6″ 90Hz, kamera 50MP dan bateri 6,000mAh

    Samsung mengumumkan empat telefon baharu secara rasmi baru-baru ini. Empat telefon pintar tersebut ialah Galaxy A23, A13, M23 dan M33. Mari kita lihat spesifikasi yang terdapat pada Galaxy M23 dan M33.

    Kedua-duanya sangat serupa dalam ciri spesifikasi. Kedua-dua telefon mempunyai paparan TFT 6.6 inci 1080p, kamera utama 50MP, ultralebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP. Galaxy M33 mempunyai bateri 6,000mAh, kamera makro 2MP tambahan dan lebih banyak pilihan RAM daripada 6GB sehingga 8GB.

    Samsung masih belum mengeluarkan butiran penuh mengenai Galaxy M33, namun setakat ini pendedahan menunjukkan Galaxy M33 mempunyai cipset okta-teras. Galaxy M33 berukuran 165.4 x 76.9 x 9.4 mm dan berat 215g. Samsung masih belum mendedahkan harga atau tarikh pelancaran khusus untuk Galaxy M33.

    Galaxy M23 mempunyai bateri 5,000mAh dan tidak mempunyai kamera makro 2MP. Ia hadir dengan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia mempunyai paparan TFT 6.6 inci dan badannya secara keseluruhan lebih ringan iaitu seberat 198g dan sedikit lebih nipis. Samsung juga tidak menyatakan butiran harga dan ketersediaan tentang Galaxy M23.

    Galaxy M22 dan M32 kedua-duanya hadir dengan paparan Super AMOLED 90Hz 6.6 inci dengan resolusi 720p dan 1080p. Kami masih menunggu Samsung mengeluarkan maklumat terperinci tentang Galaxy M23 dan M33.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured