More

    Varian Redmi K50 baharu mungkin dilancar bulan ini, dilengkapi cipset Dimensity 8100 dan 9000

    Telefon pintar andalan Redmi K50 Gaming Edition telah pun dilancar pada bulan Februari lalu di China dan kini Redmi dilaporkan sedang mengusahakan varian terbaru untuk telefon tersebut.

    Ahli eksekutif Xiaomi, Lu Weibing, telah mengesahkan dalam sebuah wawancara bahawa sebuah varian Redmi K50 yang dilancar akan datang bakal mempunyai cipset andalan MediaTek Dimensity 9000, namun beliau tidak menamakan telefon tersebut.

    Dimensity 9000 merupakan cipset tercanggih yang ditawarkan oleh MediaTek setakat ini, dengan nod proses 4nm dan berjaya meraih markah tinggi dalam pelbagai ujian penanda aras termasuklah lebih sejuta markah dalam AnTuTu . Ia merupakan pesaing utama kepada cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

    Menurut seorang pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station di Weibo pula, telefon ini akan dinamakan sebagai Redmi K50 Pro+. Ia mungkin mempunyai pengecasan pantas 120W dan kapasiti bateri 4,700mAh.

    Di samping itu, Lu Weibing turut mengesahkan bahawa sebuah lagi varian Redmi K50 akan dilengkapi cipset Dimensity 8100. Ini merupakan kali pertama sebuah cipset MediaTek digunakan untuk telefon andalan Redmi K dan Lu mengatakan ia menghasilkan prestasi yang sangat cekap.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Redmi K50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured