More

    WhatsApp mungkin lancarkan ciri “Create Poll” dalam sembang kumpulan tidak lama lagi

    Menurut laporan WABetaInfo, WhatsApp sedang merancang untuk membangunkan ciri baharu di mana pengguna boleh menaip soalan tinjauan pendapat untuk dihantar ke sembang kumpulan. Ciri ini sudah tersedia dalam aplikasi Telegram dan Twitter, yang membolehkan pengguna membuat tinjauan pendapat, membenarkan pengguna lain mengundi dan melihat keputusan. 

    Laporan di WaBetaInfo berkongsi tangkapan skrin yang mempamerkan ciri “Buat Tinjauan” (Create Poll) pada iOS. Ini dilihat pada aplikasi v2.22.6.70 beta dan masih belum tersedia kepada semua penguji beta buat masa ini. Namun, ciri ini masih tidak jelas akan cara pengguna boleh menulis soalan atau sebarang cara untuk tinjauan pendapat.

    Ia juga mungkin menawarkan pilihan jawapan lebih daripada satu pada tinjauan pendapat oleh pengguna dalam sembang kumpulan. Kami masih menunggu sehingga WhatsApp melancarkan ciri ini kepada penguji beta untuk melihat cara yang lebih terperinci. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured