More

    iPhone SE (2022) dilancar di Malaysia: Telefon mampu milik dengan cip A15, bermula RM2,099

    Siri telefon pintar iPhone oleh Apple selalunya sinonim dengan harga yang mahal, namun buat para pelanggan yang tidak ingin berbelanja besar, mereka boleh mendapatkan iPhone SE. Terbaru, Apple telah menyegarkan semula telefon itu dengan iPhone SE (2022) dan ia menampilkan beberapa spesifikasi mirip iPhone 13.

    iPhone SE (2022) kini mempunyai cipset andalan A15 Bionic yang terdapat pada siri iPhone 13, jadi anda boleh menjangkakan prestasi terpantas dalam telefon mampu milik ini. Untuk memori, laman web Apple Malaysia telah memaklumkan bahawa ia akan ditawarkan dalam varian 64GB, 128GB dan 256GB.

    Di hadapan, iPhone SE (2022) mempunyai skrin Retina Display berukuran 4.7 inci dengan kaca yang sama dengan siri iPhone 13, menjadikannya skrin yang paling kukuh dalam sejarah iPhone SE. Ia juga masih dilengkapi butang home button yang menyokong Touch ID, selain menyokong rangkaian 5G dan rating kalis air IP67.

    Ia juga mempunyai sebuah kamera utama 12MP yang menyediakan semua fungsi fotografi dalam iOS 15. Telefon ini akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam Midnight, putih Starlight dan merah (PRODUCT)RED.

    iPhone SE (2022) akan dijual pada harga RM2,099 (64GB), RM2,299 (128GB) dan RM2,799 (256GB). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPhone SE terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured