More

    iPad Air (2022) dilancar di Malaysia: Dilengkapi cip M1, skrin Liquid Retina 10.9″ bermula RM2,699

    Pada hari ini, Apple telah menyegarkan semula siri tablet nipisnya dengan iPad Air (2022) yang kini dilengkapi beberapa spesifikasi sangat menarik. Sebagai contoh, ia kini tidak lagi dilengkapi cipset A Bionic namun dilengkapi cip M1 yang terdapat dalam komputer-komputer Apple.

    Dengan cip M1 ini, menjadikannya antara tablet yang paling berkuasa pada waktu ini di mana prestasi CPU adalah lebih pantas sebanyak 60% manakala prestasi unit pemproses grafik (GPU) pula adalah dua kali ganda lebih pantas berbanding iPad Air sebelum ini. Untuk storan, ia akan ditawarkan dalam 64GB atau 256GB.

    Di hadapan, tablet ini mempunyai skrin Liquid Retina Display berukuran 10.9 inci dan kamera swafoto ultra-lebar 12MP dengan fungsi Centre Stage. Kamera di belakang pula adalah kamera utama 12MP yang boleh merakam video dalam resolusi 4K.

    Selain itu, iPad Air (2022) varian selular kini boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G. Apple turut memperkenalkan aplikasi Storyboard yang membenarkan pengguna untuk menyunting video dengan lebih mudah. Ciri lain yang menarik termasuklah butang kuasa yang menyokong Touch ID dan port USB-C yang dua kali ganda lebih pantas berbanding iPad Air sebelumnya.

    Pelanggan boleh mendapatkan aksesori stilus Apple Pencil 2nd Generation serta papan kekunci Magic Keyboard untuk melengkapkan tablet nipis ini.

    iPad Air (2022) akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,699 (64GB) dan RM3,349 (256GB) serta ditawarkan dalam varian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi + selular. Walau bagaimanapun, tarikh pra-tempahan untuk pelanggan di Malaysia masih belum diumumkan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan iPad Air terbaru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured