More

    Apple Mac Studio & Studio Display dilancar di Malaysia: cipset M1 Ultra & resolusi 5k bermula RM6,999

    Dalam acara Apple hari ini, Mac Studio dan Studio Display baharu diumumkan semasa kemuncak acara di mana kedua-dua peranti ini memberi prestasi yang menakjubkan. Di bawah merupakan apa yang anda perlu tahu mengenai Mac Studio dan Studio Display.

    Mac Studio adalah PC kompak terbaru yang menampilkan cipset M1 Ultra 5nm (cipset terakhir dalam barisan M1). Ia menampilkan sehingga 20 teras CPU, 64 teras GPU, RAM 128GB dan SSD storan 8TB. 

    Apple memberitahu bahawa Mac Studio boleh menjana prestasi sehingga 800GB/s untuk memory bandwith dan 7.4GB/s untuk prestasi storan. Prestasi ini dicapai menggunakan UltraFusion yang menggabungkan dua cipset M1 Max sebagai satu unit. Ini membolehkan M1 Ultra mempunyai 14 bilion transistor secara keseluruhan.

    Mac Studio membawa port Thunderbolt 4x, Ethernet, USB-A, HDMI dan bicu audio pro di bahagian belakang. Selain itu, terdapat sepasang port USB-C Thunderbolt dan port SDXC di hadapan. Apple turut menyatakan bahawa Mac Studio boleh disambungkan ke 4 Paparan Mac Studio dan TV 4K pada masa yang sama. Apa yang menarik sekali, penyambungan ini hanya menggunakan tenaga 1000kW/j kurang daripada desktop PC mewah.

    Kemudian, Studio Display pula adalah sebuah skrin berukuran 27 inci yang menyokong resolusi 5K. Peranti ini dibangunkan sebagai skrin berkuasa tinggi untuk golongan profesional di mana paparannya mempunyai 1 bilion warna, 600 nits kecerahan dengan sokongan warna lebar P3. Pengguna profesional boleh menggunakan kamera hadapan ultralebar 12MP dengan Centre Stage. Peranti ini merupakan produk pertama untuk barisan Mac yang membawa sistem bunyi 6 pembesar suara dengan sokongan Audio Spatial.

    Berikut merupakan harga peranti di pasaran Malaysia:

    • Mac Studio (CPU 10 teras, GPU 24 teras, Enjin Neural 16 teras, 32GB + 512GB) – RM8,799
    • Mac Studio (CPU 20 teras, GPU 48 teras, Enjin Neural 32 teras, 64GB + 1TB) – RM16,799
    • Studio Display (kaca standard) – RM6,999
    • Studio Display (kaca tekstur nano) – RM8,299

    Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Mac Studio dan Studio Display. Di akhir acara, Apple mendedahkan akan pelancaran Mac Pro baharu tetapi akan diberitahu kelak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...