Google sedang mengusahakan ciri untuk “mengarkibkan” (archive) aplikasi tertentu untuk membantu mengosongkan ruang pada peranti anda. Menurut blog, Google menerangkan beberapa aplikasi dengan ciri ini akan membenarkan anda menyahpasang sebanyak kira-kira 60% tanpa dikeluarkan sepenuhnya.
Ia mencipta jenis APK baharu (Pakej Android) yang menjadikan aplikasi berfungsi pada peranti anda iaitu APK yang diarkibkan. Seperti yang dinyatakan oleh Google, APK yang diarkibkan adalah lebih kecil yang menyimpan semua data sehingga anda memulihkan dan mengembalikannya kepada saiz asal.
Ciri ini akan tersedia kepada pembangun dengan keluaran Bundletool 1.10 yang mungkin akan berfungsi setelah Google melancarkan ciri tersebut kepada orang awam pada tahun akan datang. Pembangun juga boleh memilih untuk menarik diri daripada APK yang diarkibkan seperti yang dinyatakan oleh Google dalam blog tersebut.
Masih tiada sebarang butiran mengenai cara ciri tersebut akan dikeluarkan pada Android. Berkemungkinan, ia akan muncul bersama pilihan nyahpasang apabila anda menekan lama ikon aplikasi. Mengarkibkan dan kemudian memulihkannya adalah lebih mudah dan berkemungkinan akan menggunakan lebih sedikit data mudah alih sekiranya anda tidak menggunakan Wi-Fi.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.
Sumber: The Verge






