More

    Shell Malaysia pasang panel solar di 216 stesen, kurangkan pelepasan karbon

    Shell Malaysia telah mencapai satu lagi kejayaan dalam perniagaan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobilitinya dengan pemasangan panel solar di 216 stesen minyaknya. Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Shell Malaysia berkata ini adalah sebahagian daripada usaha syarikatnya untuk menggunakan langkah baharu bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan mengurangkan jejak karbon.

    Syarikat itu bekerjasama dengan Cleantech Solar untuk memasang panel solar di stesen minyaknya di Malaysia. Setakat ini, sebanyak 22,505 panel solar photo voltaic (PV) dengan jumlah kapasiti puncak 10.12 megawatt (MWp) telah dipasang di atas bumbung 216 stesen sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menjalankan operasi yang selamat, cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan.

    Sebagai contoh, bilangan panel solar semasa di stesen syarikat itu boleh menjana kuasa 12,939 megawatt jam (MWj) tenaga elektrik yang cukup untuk 3,740 isi rumah dalam setahun. Pengurus Besar Mobility Shell Seow Lee Ming berkata Shell telah memasang 216 stesennya dengan panel solar dan akan bertambah kepada 350 stesen menjelang akhir 2022.

    Pada 2019, Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught merupakan dua stesen runcit pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI). GBI ialah alat penarafan hijau yang diiktiraf industri negara untuk bangunan untuk menggalakkan kemampanan dalam persekitaran binaan dengan menjimatkan tenaga dan sumber.

    Syarikat itu juga merupakan yang pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima pensijilan GBI ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured