fbpx
More

    OnePlus mungkin lancarkan telefon baharu dengan Dimensity 8100 dan cas pantas 160W

    Sebuah peranti OnePlus telah dikesan dalam data badan pengiktirafan 3C di China, di mana ia mempunyai nombor model PGKM10. Maklumat tersebut telah dikongsi oleh pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station serta MySmartPrice dan ia mungkin akan dilengkapi spesifikasi bertahap andalan (flagship).

    Telefon pintar OnePlus ini mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 dan pengecasan pantas 160W (20V 8A). Jika benar, ini bakal kadar pengecasan itu antara yang terpantas dalam industri telefon.

    Penyenaraian PGKM10 dalam 3C

    Sebelum ini, OPPO dan realme telah pun memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 150W SUPERVOOC dan 150W UltraDart Charging, di mana kedua-dua teknologi pengecasan ini bakal diperkenalkan dalam sebuah telefon pintar dalam masa terdekat.

    Memandangkan OnePlus, OPPO dan realme adalah tiga syarikat teknologi yang berada bawah naungan BBK Electronics, logik untuk diandaikan bahawa OnePlus juga akan melancarkan telefon pintar yang dilengkapi kadar pengecasan 150W atau 160W.

    Menurut Digital Chat Station lagi, telefon OnePlus ini mungkin adalah OnePlus 10 Ultra yang bakal dilengkapi skrin OLED 120Hz berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, tiga kamera termasuk kamera utama 50MP dengan sensori Sony IMX766 dan bateri 4,500mAh.

    Pada bulan Januari lalu, OnePlus telah memperkenalkan telefon andalan pertama untuk tahun ini iaitu OnePlus 10 Pro. Adakah anda berminat dengan telefon OnePlus seterusnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X