More

    Kerajaan Selangor bangunkan sistem amaran banjir, boleh beri amaran 7 hari sebelum

    Bagi menangani masalah banjir pada masa hadapan, kerajaan Selangor sekarang sedang membangunkan sistem amaran banjir baharu yang boleh memberikan amaran seawal tujuh hari sebelum banjir berlaku di kawasan berisiko tinggi.

    Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim, sistem amaran tersebut bakal diperkenalkan pada hujung bulan Mac 2022. Dengan sistem amaran ini, ia akan memudahkan kerajaan negeri untuk menyediakan pasukan penyelamat dengan lebih cekap.

    Beliau mengatakan bencana banjir besar yang melanda Selangor pada Disember 2021 lepas menggesa kerajaan negeri untuk merujuk semula sistem pengurusan banjir.

    Kerajaan negeri juga akan membangunkan sistem pintu air automatik yang akan membenarkan tindakan sewajarnya untuk diambil dengan lebih pantas. Selain itu, mereka akan membina lebih banyak penjana tenaga elektrik kecemasan bagi menggantikan stesen penjana elektrik yang terjejas sewaktu banjir.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Malaysian Insight

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured