More

    Siri Redmi K50 adalah telefon pertama tawarkan audio Bluetooth 5.3 dan LC3

    Siri Redmi K50 telah menerima perhatian orang ramai sejak beberapa bulan yang lalu melalui pendedahan beberapa butiran. Kini, terdapat pendedahan terbaru daripada mengenai ketersambungan peranti.

    Perkara utama ialah siri K50 akan menjadi peranti Redmi yang pertama menyokong Bluetooth 5.3 yang yang mengurangkan kependaman (latency), meningkatkan kecekapan tenaga dan meluaskan jarak hubungan. Telefon pintar ini juga menggunakan codec audio LC3 sesuai untuk penggunaan pada masa akan datang. Codec tersebut berfungsi di bawah standard Bluetooth 5.2 dan lebih tinggi untuk meningkatkan kualiti penstriman audio.

    Tambahan kepada ciri sambungan baharu ini termasuk GPS dwi-frekuensi dan IR blaster dalam menggantikan alat kawalan jauh anda. Siri Redmi K50 ini akan dilancarkan pada 17 Mac nanti.

    Siri Redmi K50 akan mempunyai empat model di mana salah satunya adalah versi e-sports Redmi K50. Acara akan datang akan melancarkan tiga model termasuk Redmi K50 dengan cipset Snapdragon 870, Redmi K50 Pro dengan cipset Dimensity 8100 dan Redmi K50 Pro+membawa cipset Dimensity 9000.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured