More

    TM umumkan pendaftaran unifi Lite dan perniagaan jalur lebar dihentikan

    Pasti ada di antara anda telah mendengar berita mengenai Telekom Malaysia Berhad (TM) menghentikan kedua-dua perkhidmatan unifi Lite (Streamyx) dan Business Broadband. Mereka telah mengeluarkan kenyataan tersebut di laman web rasmi TM.

    TM mengatakan tindakan tersebut adalah untuk menyokong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam mengembangkan sambungan rangkaian gentian. Dengan ini, syarikat telah menghentikan sebarang pendaftaran untuk perkhidmatan jalur lebar.

    Bagi pelanggan unifi Lite dan Business Broadband sedia ada, mereka akan dipindahkan ke perkhidmatan unifi berasaskan gentian secara berfasa tidak lama lagi. Proses ini mungkin akan siap sepenuhnya menjelang 2025. Oleh itu, semua pengguna Unifi Lite dan jalur lebar sedia ada masih boleh meneruskan penggunaan perkhidmatan tersebut tanpa sebarang gangguan.

    Jika anda menggunakan unifi Lite atau Business Broadband, TM akan cuba menghubungi anda melalui e-mel, surat, panggilan dan SMS untuk memastikan pemindahan ke perkhidmatan unifi berasaskan gentian lebih lancar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Telekom Malaysia 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured