More

    Apple Watch mungkin akan dapat memeriksa kadar oksigen dalam darah anda!

    Pelbagai jenama jam tangan pintar mula mengeluarkan fungsi yang berguna untuk kesihatan seperti pengawasan kadar degup jantung. Kali ini, desas-desus agak menarik mengenai Apple Watch kerana sumber melaporkan ia bakal dilengkapi teknologi menganalisis kadar oksigen dalam darah anda!

    Khabar angin menyatakan bahawa Apple bakal menaik taraf elemen ECG (elektrokardiogram) dan bakal menambah keupayaan menganalisis kadar oksigen dalam darah pemakai. Hal ini penting kerana anda dapat mengetahui dengan lebih awal dan merujuk ke unit kesihatan jika terdapat kadar oksigen dalam darah yang tidak normal.

    Apa pun, kami tidak pasti sekiranya fungsi ini akan dilengkapkan ke dalam Apple watch yang seterusnya dan sejauh mana pembangunan fungsi ini. Namun, fungsi ini kelihatannya memberikan seribu kebaikan buat si pemakai! Kami juga pasti berminat jika ianya melibatkan aspek utama, iaitu kesihatan.

    Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BGR

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured