More

    Poster promosi OPPO F21 Pro tertiris sebelum pelancaran, dedahkan reka bentuknya

    Beberapa bulan kebelakangan ini tiada apa-apa maklumat mengenai siri OPPO F21. Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat poster yang tertiris menunjukkan imej langsung F21 Pro+ yang mengesahkan reka bentuknya dan poster itu kini tersebar di Internet.

    Poster promosi OPPO F21 Pro memberi kita pandangan pertama pada reka bentuk belakang telefon. Telefon pintar ini kelihatan sama dengan OPPO Reno7 yang dilancarkan sebelum ini di Indonesia. Peranti ini mempunyai bahagian belakang berwarna Jingga dengan tempat kamera di bahagian atas sebelah kiri.

    Terdapat pelbagai sensor kamera dan kemasan matte pada bahagian belakang badannya. Tambahan pula, telefon pintar itu dipasarkan dengan slogan “Fantastic Selfie” yang mendedahkan bahawa ia fokus kepada kamera swafoto. Poster promosi ini adalah untuk pasaran Pakistan dan disahkan bahawa ianya akan diumum tidak lama lagi.

    Butiran lain OPPO F21 Pro masih lagi belum didedahkan tetapi siri ini juga akan mempunyai F21 Pro+ dan standard F21. Menariknya, laporan dari Disember 2021 mendedahkan bahawa siri ini akan debut di India juga. Ia dikatakan akan dilancarkan antara 17 Mac dan 21 Mac. Varian standard F21 dan F21 Pro akan menjadi model 4G manakala F21 Pro+ akan dilengkapi sambungan 5G.

    Di India, siri ini dijangka tiba antara Rs. 20,000(~RM1,100) dan Rs. 30,000(~RM1,650). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured