fbpx
More

    Poster pengacah sahkan realme GT Neo3 dilengkapi Dimensity 8100 dan cip paparan bebas

    realme telah mengacah beberapa ciri utama telefon pintar andalan realme GT Neo3 yang akan datang menjelang pelancaran rasminya di pasaran China minggu depan pada 22 Mac. Dalam poster pengacah terbaharu yang dikongsi oleh realme, ia mengesahkan bahawa realme GT Neo3 yang akan datang dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100.

    Cipset Dimensity 8100 akan digandingkan bersama RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Tambahan, peranti ini disahkan akan dilengkapi cip paparan bebas untuk prestasi yang lebih baik dan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

    Berdasarkan maklumat yang tersedia setakat ini, telefon pintar realme GT Neo3 akan menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi skrin Full HD+ dan potongan lubang tebuk untuk menempatkan kamera swafoto.

    Telefon ini akan mempunyai persediaan tiga kamera pada panel belakang yang akan terdiri daripada sensor utama Sony IMX766 50MP, ultralebar 8MP dan sensor makro 2MP. Di bahagian hadapan, peranti ini akan mempunyai kamera swafoto 16MP.

    realme GT Neo3 hadir dengan antara muka UI realme berasaskan Android 12, bateri berkapasiti 4,500mAh dan mungkin menjadi telefon pintar pertama di dunia dengan teknologi pengecasan pantas berkelajuan 150W. realme mengatakan bahawa peranti itu mengecas daripada 0% kepada 50% dalam masa 5 minit sahaja.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Meta wajib jelaskan tindakan memadam hantaran pertemuan Anwar, Hamas

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengecam tindakan Meta menghapuskan laporan berita mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X