More

    realme GT Neo3 akan dilengkapi sensor kamera “flagship” Sony IMX766

    realme GT Neo3 bakal dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2022 (esok) dan banyak maklumat tentangnya telah pun disahkan oleh realme sendiri. Kini, realme berkongsi satu lagi maklumat baharu tentang telefon itu iaitu kameranya.

    Eksekutif realme Xu Qi Chase telah berkongsi spesifikasi kamera realma GT Neo3 yang akan dilengkapi sensor kamera utama Sony IMX766 50MP lengkap dengan penstabilan imej optikal (OIS). Ini adalah sensor kamera yang sering dilengkapi dalam telefon pintar andalan (flagship) seperti Xiaomi 12, HONOR Magic4 Pro dan OPPO Find X5.

    Bagi meningkatkan lagi prestasi fotografinya, realme GT Neo3 akan dilengkapi algoritma pemprosesan imej baharu yang lebih pantas sebanyak 94% daripada realme GT Neo2, serta kelajuan shutter yang lebih pantas sebanyak 62%. Chase juga mengatakan prestasi penggambaran malap telah dipertingkatkan untuk realme GT Neo3.

    Setakat ini, spesifikasi yang sudah disahkan untuk realme GT Neo3 adalah cipset Dimensity 8100, skrin dengan kadar bacaan sentuh 1,000Hz dan pengecasan pantas UltraDart 150W, manakala rekaannya diinspirasikan daripada kereta lumba. Ia akan dilancar untuk pasaran China pada 22 Mac 2022.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT Neo3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured