More

    Pengguna iPad Air 5 mengadu kualiti kualiti permukaan belakang iPad Air menurun

    Terdapat beberapa aduan daripada pengguna ‌iPad Air‌ 2022 yang mengatakan penutup aluminium peranti itu adalah terlalu nipis, mengakibatkan bunyi keriut serta rasa sedikit bonggolan di belakang peranti. Jika beliau menekan sedikit pada belakang iPad Air tersebut, ia akan menyebabkan skrin untuk melendut (warped).

    Satu ulasan di Reddit oleh pengguna ‌iPad Air‌ menyatakan bahawa dia telah memesan dan menerima dua iPad Air 2022 biru. Pengguna tersebut agak terkejut apabila dia menerima plat belakang aluminium yang lebih nipis daripada pada iPad 4 yang hampir boleh merasakan bateri melalui plat apabila beliau memegang peranti. Kedua-dua iPad mempunyai sentuhan yang sama dan mengeluarkan bunyi berderit apabila beliau memegangnya sedangkan ini tidak berlaku pada iPad Air 4.

    Beberapa pengguna turut menyiarkan video bunyi berderit yang datang daripada ketukan lembut pada paparan peranti untuk menunjukkan beberapa masalah. Pengguna turut merasakan iPad Air kali ini mempunyai kualiti yang sangat rendah berbanding pendahulunya. 

    Ulasan pertama ‌iPad Air‌ generasi kelima telah dikongsi awal minggu ini namun pengulas di kalangan media tidak menyatakan sebarang penurunan kualiti binaan selain daripada pilihan warna baharu dan serupa dengan model generasi sebelumnya. Ciri baharu utama ‌iPad Air‌ termasuk cip M1 sama yang terdapat dalam iPad Pro seperti sambungan 5G, kamera hadapan 12MP yang dinaik taraf, port USB-C dua kali lebih pantas untuk pemindahan data dan pilihan warna baru. 

    Harga iPad Air bermula pada RM2,699 untuk storan 64GB. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Macrumors 

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...