More

    Pra-tempahan Samsung Galaxy A33, A53 dan A73 kini dibuka, dapatkan hadiah percuma bernilai RM549

    Jika anda ingin membeli mana-mana peranti dalam siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A yang dilancar pada minggu lalu, pra-tempahan untuknya kini akan dibuka untuk pasaran Malaysia pada 21 Mac hingga 13 April 2022.

    Pra-tempahan ini akan dibuka untuk Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G. Setiap pra-tempahan yang dilakukan sepanjang tempoh ini akan menerima hadiah percuma dengan nilai sehingga RM549.

    Jika anda membuat pra-tempahan untuk Samsung Galaxy A33 5G, anda akan menerima seutas gelang tangan pintar Samsung Galaxy Fit2 (bernilai RM179). Galaxy A33 5G akan dijual pada harga RM1,499.

    Untuk Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G pula, setiap pra-tempahan akan disertakan bersama sepasang fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds Live (bernilai RM549). Galaxy A53 5G dijual pada harga RM1,849 manakala Galaxy A73 5G pula berharga RM2,099.

    Ketiga-tiga telefon pintar ini menawarkan nilai dan spesifikasi yang sangat menarik buat golongan pengguna yang ingin berjimat-cermat dalam membeli telefon mereka. Untuk spesifikasi penuh dan maklumat lanjut tentang siri telefon ini, anda boleh baca artikel pelancarannya.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pra-tempahan Galaxy A 2022. Beritahu kami di Facebook telefon manakah yang anda akan beli dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured