More

    Pengguna iPhone mengadu bateri cepat habis setelah mengemas kini iOS 15.4

    Sekiranya anda telah mengemas kini iPhone ada ke iOS 15.4, iPhone anda akan lengkap dengan emoji baharu, keupayaan untuk menggunakan Face ID dengan pelitup muka dan pelbagai pembetulan pepijat. Walau bagaimanapun, kemas kini terbaru didapati memberi masalah kehabisan bateri.

    Menurut Phone Arena dan sumber lain, pengguna melaporkan kehabisan hayat bateri dalam beberapa hari. Di Twitter juga melaporkan kehabisan bateri yang “tidak masuk akal”, “sangat teruk” dan “membunuh bateri” bagi model iPhone 13 Pro Max.

    Pada masa ini, pengguna model iPhone 13 dan iPhone edisi lebih terjejas dengan masalah kehabisan bateri. Apple mengatakan bahawa pengguna perlu menunggu sehingga 48 jam selepas versi iOS baharu dipasang untuk memastikan variasi dalam hayat bateri adalah normal. 

    Nampaknya, kemas kini iOS memerlukan masa untuk menilai dan mengoptimumkan prestasi bateri. Aplikasi dan ciri lain juga memerlukan masa disuaikan setelah kemas kini. Dengan itu, kami menjangkakan kebanyakan isu ini akan diselesaikan dalam beberapa hari akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Techradar 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...