More

    3 cara bagaimana fungsi baharu Samsung Galaxy Watch4 Series bantu anda jalani hidup lebih sihat

    Jam tangan pintar kini adalah sebuah peranti boleh pakai yang penting jika anda ingin menjaga kesihatan anda. Bagi membantu anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat, Samsung Malaysia telah melancarkan siri jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 Series yang terdiri daripada Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

    Baru-baru ini, dua model jam tangan ini telah menerima kemas kini baharu yang menyediakan fungsi sangat berguna untuk meneliti kesihatan badan, bersenam serta mengukur kualiti tidur. Berikut adalah bagaimana teknologi baharu dalam siri Galaxy Watch4 boleh membantu anda dalam kehidupan seharian:

    Rutin senaman khas untuk anda sahaja

    Bagi membantu anda melakukan senaman setiap hari, Galaxy Watch4 kini mempunyai fungsi interval target yang direka khas untuk mereka yang giat berlari dan berbasikal, atau mereka yang ingin mula bersenam.

    Pengguna hanya perlu menetapkan durasi, jarak dan bilangan set senaman, kemudian Galaxy Watch4 akan menyediakan sesi latihan khas yang terdiri daripada gabungan senaman berintensiti tinggi dan rendah. Samsung juga akan bekerjasama dengan aplikasi senaman terkenal seperti adidas Running dan Strava untuk menawarkan senaman yang lebih berkesan.

    Berlainan dengan kebanyakan jam tangan pintar lain, Galaxy Watch4 boleh memaparkan komposisi tubuh (body composition) dengan program senaman digital Centr yang disusun khas oleh pelakon terkenal Chris Hemsworth. Semua pemilik Galaxy Watch4 boleh menerima percubaan percuma untuk Centr selama 30 hari untuk menilai kesihatan badan anda.

    Tidur lebih nyenyak dengan Sleep Coaching

    Fungsi penjejakan tidur (sleep tracking) telah diperbaharui dalam Galaxy Watch4 dengan fungsi Sleep Coaching. Dengan menjejak corak tidur selama tujuh hari dan melengkapkan dua sesi soal jawab berkaitan tidur, jam tangan ini akan menetapkan sebuah simbol haiwan unik yang melambangkan jenis tidur anda.

    Kemudian, ia akan membantu pemakai dengan menyediakan program latihan selama empat atau lima minggu yang terdiri daripada aktiviti, senarai semak (checklist), artikel berkaitan tidur, panduan meditasi dan laporan berkala untuk membantu anda menambah baik kualiti tidur.

    Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, Galaxy Watch4 boleh mematikan semua peranti Samsung SmartThings supaya ia tidak mengganggu anda sewaktu tidur.

    Periksa kesihatan badan anda

    Galaxy Watch4 dilengkapi teknologi BioActive Sensor yang boleh mengukur komposisi badan seperti otot rangka, jisim lemak, peratusan lemak badan, Indeks Jisim Tubuh (BMI), air badan dan Kadar Metabolik Basal (BMR). Bacaan ini boleh dipaparkan melalui aplikasi Samsung Health Monitor, jadi anda boleh meneliti kualiti kesihatan anda di mana sahaja anda berada.

    Selain fungsi kesihatan yang diperbaharui, anda juga boleh menghiasi jam tangan pintar anda dengan muka jam pelbagai rekaan dan warna.

    Bagi memudahkan penggunaan harian, Samsung juga akan menyediakan akses terhadap lebih banyak aplikasi termasuklah Google Maps, Google Pay, Google Assistant dan YouTube Music dalam Galaxy Watch4. Kemas kini untuk aplikasi-aplikasi ini akan ditawarkan dalam masa terdekat.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy Watch4 Classic dan Samsung Galaxy Watch4. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memperbaiki kesihatan anda dengan jam tangan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured