More

    realme Narzo 50A Prime dilancar: Unisoc T612, kamera 50MP dan bateri 5,000 mAh bermula ~RM590

    Pada September lalu, realme telah melancarkan Narzo 50A dan Narzo 50i. Kini, realme melancarkan sebuah lagi telefon pintar dalam siri Narzo 50 iaitu realme Narzo 50A Prime. realme Narzo 50A Prime dilengkapi skrin LCD 6.6 inci FullHD+ dengan takuk untuk kamera swafoto 8MP.

    Panel belakang telefon pintar ini mempunyai tekstur seperti kevlar dan menempatkan kamera utama 50MP, sensor kedalaman serta kamera makro. realme belum mendedahkan resolusi yang digunakan pada kameranya, namun berita sebelum ini mendedahkan ianya akan menggunakan apertur f/2.8 dan apertur f/2.4.

    Narzo 50A Prime dikuasakan oleh cipset Unisoc T612 yang dipasangkan dengan 4GB RAM dan menggunakan antara muka realme UI R Edition berasaskan Android 11 serta terdapat dua pilihan storan 64GB dan 128GB. Tambahan, ia juga mempunyai slot kad mikroSD untuk pengembangan storan sehingga 1TB.

    Selain itu, badan peranti ini hadir dengan ketebalan 8.1mm, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bateri 5,000 mAh yang dicas melalui port USB-C sehingga 18W. Narzo 50A Prime ditawarkan dalam warna Flash Blue dan Flash Black. Varian 4GB/64GB berharga IDR1,999,000 (~RM590) manakala varian 4GB/128GB berharga IDR2,199,000 (~RM650).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured