More

    ASUS ROG Flow Z13 dilancar di Malaysia: Tablet “gaming” dengan RTX 3050 Ti bermula RM7,999

    Pada hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah melancarkan sebuah peranti gaming yang sangat unik iaitu tablet 13.4 inci berkuasa tinggi bernama ROG Flow Z13.

    Tablet ini merupakan tablet tercanggih dalam pasaran kerana ia dilengkapi cipset sehingga Intel Core i9-12900H dan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce TX 3050Ti. Tablet ini juga boleh dilengkapi RAM LPDDR5 5,200MHz 16GB dan storan SSD PCIe 1TB bagi menyediakan prestasi terpantas.

    Skrinnya ditawarkan dalam resolusi sehingga WQUXGA (3840×2400), nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 120Hz Adaptive-Sync serta pengiktirafan SRGB 100%, Pantone dan Dolby Vision HDR. Ia boleh digunakan secara sentuh atau pun bersama stilus.

    Daripada segi dimensi, ia mempunyai ketebalan 12 milimeter dan berat 1.1 kg sahaja. Untuk menyejukkan komponen dalamannya, ia mempunyai kamar wap (vapour chamber) dan cecair haba besi (liquid metal thermal compound) untuk meningkatkan pelesapan haba.

    Walaupun ia adalah sebuah tablet, ia masih boleh digunakan seperti komputer riba apabila Flow Z13 digabungkan dengan sarungnya yang mempunyai papan kekunci. Tablet ini turut mempunyai beberapa port USB-C yang boleh dihubungkan dengan monitor dan port khas untuk digabungkan dengan kad grafik luaran XG Mobile.

    XG Mobile ini dilengkapi kad grafik GeForce RTX 3080 Laptop GPU dan juga turut mempunyai port HDMI, DisplayPort, USB dan ethernet. Apabila Flow Z13 digabungkan dengan XG Mobile, ia boleh menghasilkan prestasi gaming yang setaraf dengan komputer riba gaming tercanggih pada waktu ini.

    ASUS ROG Flow Z13 akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM7,999, manakala pakej yang turut disertakan bersama XG Mobile akan dijual pada harga RM15,999.

    Selain tablet ini, ASUS ROG Malaysia turut melancarkan dua beg baharu yang dikhaskan untuk menyimpan komputer riba gaming. Salah satu beg tersebut, ROG Ranger Backpack BP2701 mempunyai kapasiti 22 liter dan boleh menyimpan komputer riba sebesar 17 inci dan dilengkapi pelbagai komparmen untuk menyimpan aksesori lain. Beg ini akan dijual pada harga RM469.

    "
    "

    Beg ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 pula mempunyai kapasiti 16 liter, boleh menyimpan komputer riba sebesar 15.6 inci dan mempunyai banyak kompartmen aksesori. Ia akan dijual pada harga RM399.

    Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti gaming unik ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured