fbpx
More

    “Pembedahan’ iPhone SE 3 didedah, miliki modem Snapdragon X57 dan bateri 2,018mAh

    Sebuah video YouTube mengenai penerokaan iPhone SE 3 telah muncul menunjukkan perkakasan dalamannya. iPhone SE 3 mempunyai bateri yang lebih besar daripada model iPhone SE 2 dan turut dilengkapi dengan modem Qualcomm Snapdragon X57 untuk sambungan 5G. 

    Jika dibandingkan dengan bateri 1,821mAh pada iPhone SE 2, iPhone SE 3 mempunyai bateri 2,018mAh yang lebih besar yang mampu memberikan dua jam tambahan main balik video atau 10 jam main balik audio. Modem Snapdragon X57 dibina khas untuk iPhone SE 3 dengan sokongan 5G di bawah jalur lebar 6GHz dan ia tidak menyokong jalur mmWave dalam spektrum 5G. 

    iPhone SE 3 mempunyai RAM 4GB memberikan peningkatan kecil dalam keupayaan prestasi. Video YouTube tidak menunjukkan sebarang metrik pembolehbaikan untuk iPhone SE 3 tetapi secara keseluruhan, iPhone SE 3 mempunyai dalaman yang serupa dengan iPhone SE 2.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina 

     

    Artikel Terkini

    Ulasan OPPO A60 – Telefon murah tapi tahan lasak!

    OPPO bukan lagi jenama telefon pintar yang asing di Malaysia. Selain menawarkan telefon tercanggih dalam siri OPPO Find, mereka turut menawarkan telefon...

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya,...

    OPPO Football Fever Mid-Year Sale tawarkan diskaun sehingga RM200!

    Sempena kehangatan Liga Juara-Juara UEFA yang sedang berlangsung, OPPO telah mengumumkan Football Fever Mid-Year Sale untuk 2024 dengan membawakan pelbagai promosi menarik...

    CelcomDigi beri laporan program integrasi dan pemodenan rangkaian di Malaysia

    Menurut CelcomDigi, mereka telah menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM). Kerja-kerja ini mengambil masa lebih awal daripada...

    Predator Helios Neo 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core Ultra 9 berharga RM7,799

    Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Predator Helios Neo 14 baharu dalam barisan peranti gaming mereka. Kompuer riba ini menampilkan skrin 14 inci...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X