More

    Astro fibre dilancar, tawarkan internet 800Mbps dan pakej hiburan bermula RM129

    Hari ini, Astro melancarkan jalur lebar Astro Fibre yang disertakan bersama dengan pakej kandungan TV untuk mengatasi internet perlahan dan ‘zon hilang’ WiFi yang dialami oleh beberapa pengguna. Usaha ini selaras dengan matlamat syarikat untuk menyampaikan pengalaman hiburan dan jalur lebar yang terbaik di pasaran melalui Astro Box, Astro GO dan perkhidmatan penstriman global seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+.

    Astro Fibre dan kandungan TV bundles menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi 50 Mbps, 100 Mbps, 500 Mbps dan 800Mbps dengan WiFi 6 certified router yang mempunyai ketersambungan dipertingkatkan. Dengan langganan peranti jaringan mesh yang fleksibel, pelanggan kini boleh meluaskan isyarat WiFi mereka yang lemah tanpa terikat dengan mana-mana kontrak peranti mesh

    Pelanggan juga boleh menggabungkan pelan kelajuan internet dengan mana-mana pek TV dengan rebat bundle sehingga RM39.00 setiap bulan. Tujuh pakej TV Astro yang ditawarkan termasuklah Pek Primary, Pek Entertainment, Pek Sports, Pek Movies, Pek Entertainment Plus, Pek Premium dan Pek Platinum. 

    Syarikat ingin menyampaikan pengalaman perkhidmatan lancar bermula dengan penilaian Peta Haba WiFi oleh pemasang berpengalaman untuk memastikan WiFi disediakan dengan betul pada kali pertama. 

    Sempena pelancaran ini, Astro Fibre akan digabungkan dengan pakej kandungan bermula dengan Pek Jimat Kencang RM129 terbaharu yang merangkumi 50Mbps, Pek Primary mengandungi lebih daripada 85 saluran dan percuma Mesh WiFi selama 12 bulan pada harga RM129.99. 

    Anda boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...