More

    Telefon pintar lipat vivo X bakal dilancarkan 28 Mac ini

    vivo merupakan antara syarikat yang telah mengusahakan peranti boleh lipat. Pembangunan peranti tersebut berjalan selama beberapa tahun dan kini syarikat itu bersedia untuk menunjukkan hasil kerjanya. Pada halaman media sosialnya, vivo menyiarkan pengumuman bahawa ia akan memperkenalkan telefon pintar boleh lipatnya pada 28 Mac ini.

    vivo dedahkan imej pengacah mengandungi peranti boleh lipat yang menunjukkan panel fleksibel yang boleh dilipat. Kami menjangkakan ia adalah vivo X Fold yang menawarkan panel OLED 8 inci yang fleksibel dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan resolusi QHD+. vivo menjanjikan bahawa peranti itu akan dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1, bateri 4600 mAh dengan pengecasan pantas 80W dan sokongan pengecasan wayarles 50W.

    Selain itu, kami menjangkakan bahawa vivo mungkin memperkenalkan vivo X Note dan tablet vivo Pad. vivo X Note akan menampilkan skrin OLED 7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB dan storan 512GB. Ia juga mempunyai bateri 5000 mAh dengan pengecasan 80W dan empat kamera belakang 50MP + 48MP + 12MP + 8MP.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured