More

    Samsung Galaxy M33 5G akan dilancar pada 2 April 2022

    Samsung telah mengumumkan telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M33 5G pada awal bulan ini, namun ia masih belum dijual secara rasmi di mana-mana negara. Kini Samsung mengumumkan bahawa ia akan melancarkan telefon tersebut pada hari Sabtu, 2 April 2022 jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia) di India.

    Galaxy M33 bakal dilengkapi skrin berukuran 6.6 inci dengan resolusi FullHD+, gabungan memori 6GB+128GB dan 8GB+128GB dan sistem operasi One UI 4.1 berdasarkan Android 12. Cipsetnya pula adalah sebuah cipset lapan teras 2.4GHz dengan nod proses 5nm, namun Samsung masih belum menyenaraikan nama cipset tersebut.

    RAM dalam telefon ini mempunyai RAM Plus iaitu sebuah fungsi yang membenarkan pembesaran RAM sehingga 16GB dengan menggunakan sebahagian daripada storan dalaman.

    Telefon ini mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,000mAh manakala pengecasannya pula agak pantas dengan kadar 25W, namun pengecasnya tidak akan disertakan dalam kotak. Sebuah pengimbas cap jari turut berada di bahagian sisi.

    Untuk fotografi, telefon ini dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 8MP. Telefon ini akan dijual dalam laman web Amazon.in di India, manakala untuk pasaran Malaysia pula masih tiada maklumat tentangnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung India

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured