More

    Intel lancarkan Arc A, siri GPU khas untuk komputer riba

    Intel telah mengumumkan siri pemproses grafik khas (discrete graphics processors) baharu untuk komputer riba yang dibina berdasarkan seni bina Intel Xe HPG bernama Intel Arc-A Series.

    Ia terdiri daripada Intel Arc 3, Arc 5 dan Arc 7. Arc 3 dikhaskan untuk komputer riba kelas permulaan dan ia dibina menggunakan die ACM-G11 manakala Arc 5 dan Arc 7 dikhaskan untuk komputer gaming berprestasi tinggi dan dibina dengan die ACM-G10.

    Arc 3 Series terdiri daripada A350M dan A370M serta mempunyai memori GDDR6 4GB dan memory bus 64-bit. A350M dilengkapi enam teras Xe, enam teras ray tracing, kelajuan clock 1,150MHz dan keperluan tenaga 25-35W. A370M pula dilengkapi lapan teras Xe, lapan teras ray tracing, kelajuan clock 1,550MHz dan keperluan tenaga 35-50W.

    Intel mengatakan Arc 3 Series boleh memainkan game AAA pada kadar 60fps dengan tetapan grafik medium 1080p dan 90fps untuk game e-sukan.

    Siri Arc 5 dan Arc 7 pula terdiri daripada A550M, A730M dan A770M dan akan dilengkapi lebih banyak teras, memori dan keperluan tenaga.

    Semua GPU ini akan dilengkapi enjin XMX AI yang boleh menjana machine learning dan AI-acceleration dalam Intel XeSS (Xe Super Sampling). Ia juga merupakan GPU pertama yang menyokong AV1 encoding untuk menyunting media dengan lebih pantas.

    GPU ini menyokong Dynamic Power Share untuk melaraskan perkongsian tenaga dengan CPU secara automatik dan perisian Arc Control Software untuk meningkatkan prestasi gaming. Ia akan dilengkapi dalam komputer riba Samsung, ASUS, Lenovo, HP, Acer dan banyak lagi bermula tahun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured