More

    Siri OPPO F21 Pro bakal dilancar pada 12 April ini

    OPPO telah melancarkan siri F19 pada Mac lalu dan kini syarikat itu akan mengumumkan siri baharu iaitu siri F21 Pro pada bulan hadapan bertarikh 12 April. Pengumuman ini didedahkan oleh OPPO India yang mengatakan bahawa siri F21 Pro akan diperkenalkan di India pada 12 April. Siri ini termasuk F21 Pro 4G dan F21 Pro 5G tetapi belum pasti bagi model Pro+.

    OPPO mendedahkan bahawa F21 Pro 4G dan 5G hadir dalam warna Sunset Orange, Rainbow Spectrum dan Cosmic Black. Versi Rainbow Spectrum bagi varian 5G menggunakan tekstur tiga lapisan dan proses pembuatan salutan dua lapisan untuk menunjukkan kesan pelangi manakala versi Sunset Orange varian 4G menampilkan reka bentuk kulit gentian kaca.

    Ia berfungsi sebagai penutup bateri tanpa bingkai untuk menjadikan telefon nipis, ringan dan tahan lama. OPPO berkongsi bahawa ia menggunakan kemasan seakan kulit biji laici pada Sunset Orange kerana ia kalis air, tahan lama dan terasa mewah.

    Halaman promosi yang disediakan di Amazon mendedahkan bahawa reka bentuk eksklusif versi reka bentuk kulit tersedia untuk F21 Pro 4G. OPPO belum mendedahkan spesifikasi kedua-dua telefon ini tetapi imej F21 Pro 4G yang dikongsi oleh syarikat itu mendedahkan sistem tiga kamera di bahagian belakang dengan sensor 64MP.

    Salah satu kamera ini juga akan mempunyai Orbit Light di sekelilingnya untuk memaklumkan pengguna tentang panggilan masuk, pemberitahuan baharu dan banyak lagi. Khabar angin mengatakan F21 Pro 4G boleh menjadi Reno7 4G yang dijenamakan semula yang diumumkan semalam.

    Jika itu benar, ia akan datang dengan cipset Snapdragon 680, skrin 6.43 inci AMOLED FullHD+ 90Hz, ColorOS 12.1 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari dalam paparan dan bateri 4,500 mAh dengan pengecasan 33W. Terdapat kamera swafoto 32MP dan kamera utama 64MP di bahagian belakang disertai dengan mikroskop 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja...

    Tecno Camon 50 Slim tiba dengan 354 mini-LED belakang, skrin 144Hz dan ketebalan hanya...

    Tecno secara senyap-senyap telah menyenaraikan Camon 50 Slim pada laman global mereka yang mendedahkan hampir keseluruhan spesifikasi dan ciri telefon tersebut. Buat...

    Xiaomi YU7 GT jadi kereta pertama catat rekod pusingan tanpa pemandu di Nurburgring

    Litar Nürburgring Nordschleife di Jerman terkenal sebagai antara litar paling mencabar di dunia, tetapi kali ini ia menjadi lokasi percubaan yang berbeza...

    MC digital bakal diperkenal, bantu majikan sahkan ketulenan sijil cuti sakit pekerja

    Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung sindiket MC palsu yang dipercayai beroperasi sejak sedekad lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr...

    Model AI China GLM-5.2 pintas Claude Fable 5 dalam reka bentuk laman web

    Z.ai menerusi model AI terbaharunya, GLM-5.2, dilaporkan berjaya meraih kedudukan pertama dalam carta Design Arena bagi kategori reka bentuk web HTML satu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...