More

    Google sedang hasilkan ciri pengesan tag pintar automatik untuk peranti Android

    Google sedang mengusahakan pengesan jejak automatik untuk Android. Ia adalah ciri yang membolehkan telefon anda mengesan jika terdapat penjejak pintar yang tidak dikenali berhampiran telefon anda untuk masa yang lama.

    Ciri ini menghalang orang yang berniat jahat daripada meletakkan penjejak pintar seperti AirTags Apple atau penjejak Tile dan menggunakannya untuk mengikuti lokasi mangsa. Fungsi ini ditemui oleh 9to5Google selepas menyahkompilasi APK perkhidmatan Play.

    Kod tersebut mendedahkan amaran peranti yang tidak dikenali diikuti oleh pemberitahuan pengesanan tag tidak familiar dengan tiga pilihan tag pintar iaitu Tile Tag, tag Pencari dan ATag. Dua daripadanya jelas ditujukan kepada penjejak AirTags dan Tile Apple, namun pihaknya tidak tahu Finder merujuk kepada apa.

    Sebaik sahaja telefon anda mengesan tag yang tidak diketahui berdekatan, ia boleh membunyikannya dan memberitahu anda tentang kewujudannya. Apple sudah mempunyai fungsi ini terbina dalam iOS di mana AirTag akan memainkan bunyi jika ia dipisahkan daripada pemiliknya selama lebih daripada 24 jam.

    Kedua-dua Apple dan Tile mempunyai aplikasi Android yang boleh mengesan tag pintar yang tidak dibenarkan berhampiran telefon anda tetapi ia memerlukan pengimbasan manual dan boleh mengambil masa sehingga 10 minit.

    Mempunyai pengesanan automatik terbina dalam peranti Android jelas merupakan ciri yang terbaik. Kami menjangkakan Google akan berkongsi lebih lanjut tentang ciri tersebut pada persidangan I/Onya pada bulan Mei.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured