More

    Daftar masuk MySejahtera menurun 26 peratus sejak beberapa hari lalu

    Sejak persoalan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera banyak diperkatakan pada minggu lepas, aplikasi tersebut mencatatkan pengurangan penggunaan sebanyak 26 peratus sejak Jumaat lalu.

    Menurut data daripada portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), ia merekodkan 24,358,225 daftar masuk pada hari Jumaat, 25 Mac 2022. Ia kemudian menurun dengan mendadak kepada 20,106,659 (penurunan 17%) pada 26 Mac, diikuti dengan 19,279,238 pada 27 Mac (penurunan 20%) dan 18,038,569 (penurunan 26%) pada 28 Mac.

    Bilangan pendaftaran pada 28 Mac itu adalah yang terendah dalam tempoh tujuh bulan sejak 22 Ogos 2021 lalu.

    Jika dilihat secara lebih luas, penggunaan MySejahtera telah menurun sejak awal tahun ini di mana ia hanya mencatatkan penggunaan sebanyak 23 juta ke 26 juta pendaftaran sahaja. Sebagai rujukan, aplikasi itu mencatatkan 29 juta hingga 33 juta pada tahun 2021.

    Pada minggu lepas, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan bahawa terdapat persoalan mengenai keselamatan data para pengguna MySejahtera kerana ia dibangunkan tanpa kontrak antara kerajaan dengan syarikat yang membangunkan aplikasi itu.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta dan memberi jaminan bahawa segala data MySejahtera adalah di bawah penyeliaan KKM. Ia tidak boleh dikongsi dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

    Dalam pada itu, beliau mengatakan KKM sedang meneliti corak penyebaran COVID-19 bermula 1 April 2022 kelak bagi melihat sama ada penggunaan MySejahtera boleh dihentikan dalam masa terdekat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured