More

    Samsung Malaysia anjurkan promosi Impian Raya Bersama, tawarkan hadiah bernilai RM1.2 juta

    Sempena sambutan Hari Raya yang semakin hampir, Samsung Malaysia akan menganjurkan kempen promosi Impian Raya Bersama di mana para pelanggan Samsung berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila mereka membeli produk-produk Samsung terpilih.

    Bermula 4 April hingga 15 Mei 2022, para pelanggan yang membeli produk Samsung Galaxy Z, Galaxy S, Galaxy A, Galaxy M, Galaxy Tab atau peranti Galaxy boleh pakai yang terpilih boleh memenangi hadiah seperti:

    • Hadiah utama: Projektor Samsung The Freestyle bernilai RM4,999 (5 unit)
    • Hadiah kedua: 50″ QLED 4K Smart TV bernilai RM3,999 (20 unit)
    • Hadiah ketiga: 32″ Smart Monitor-M5 bernilai RM1,388 (240 unit)
    • Saguhati: Camera Filter Mount bernilai RM169 (5,000 unit)

    Satu pembelian akan dikira sebagai satu penyertaan, manakala pembelian untuk dua atau lebih produk akan dikira sebagai lima penyertaan. Pemenang akan diumumkan selepas kempen promosi ini berakhir.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kempen ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured